Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

6,637 Angka Sembuh, Atasi Kes Baharu

By 29 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Kes sembuh COVID-19 semalam merekodkan sejumlah 6,637 kes, melebihi kes baharu yang mencatat 6,377, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu yang dilapor itu, 6,276 kes (98.4 peratus) terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala baki 1.6 peratus atau 101 kes merupakan kategori 3, 4, dan 5.

“Sebanyak 564 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 294 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan perkembangan situasi COVID-19 semalam.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata lapan lagi kluster dikesan hari ini menjadikan sejumlah 5,752 kluster yang masih aktif di negara ini.

Data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik menerusi laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

-RI

Tinggalkan komen anda