Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Cabaran Fasa Endemik Dalam Penganjuran Program Sambutan Maulidurrasul 1443H

By 26 Oktober 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto  : Siti Zuraida MD Nor Aidi / Muhd Naim Mohd Shaari (Jempol)

JEMPOL, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Jempol dengan kerjasama Pusat Komuniti Desa, Serting Ilir telah mengadakan Program Sepakat@Komuniti sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443H yang diadakan di Perkarangan Pusat Komuniti Desa Serting Ilir bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”.

Kehadiran dan penglibatan para peserta adalah merupakan salah satu intipati utama dalam menentukan kejayaan sesebuah program apatah lagi jika ianya melibatkan aktiviti pertandingan dan sebagainya.

Walaupun program yang dirancang lebih awal dan apabila menghadapi situasi setelah YAB Perdana Menteri mengumumkan kebenaran aktiviti merentas negeri bermula pada 11 Oktober 2021 yang lalu bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan.

Menurut Siti Noorezrin Mahmod, Pegawai Penerangan Daerah Jempol, pelbagai kaedah dan strategi diguna pakai termasuk melipat gandakan hebahan melalui Facebook, membuat Live FB, kumpulan whatssapp, bersemuka, hebahan melalui program Info On Wheels serta membuat borang penyertaan menggunakan aplikasi Google Form turut dibuat sebagai pemudah cara untuk memastikan masyarakat menyertai program ini.

 Ceramah yang telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah tentang Persediaan Menghadapi Fasa Endemik.

Ceramah yang telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah tentang persediaan menghadapi Fasa Endemik.

“Kami tambah kecut perut apabila rata-rata masyarakat serta para peserta yang asalnya ingin menyertai pertandingan dan program yang bakal dilaksanakan rata-rata memberikan jawapan mereka tidak dapat menyertai program dengan alasan anak-anak pulang ke kampung berikutan setelah hampir dua tahun tidak dapat bersama akibat perlaksanaan PKP dan tidak kurang juga dengan jawapan mengadakan kenduri, membuat lemang bersama keluarga serta pergi bercuti,” katanya ketika ditemui selepas Program Sepakat@Komuniti, kelmarin.

Perkara sama turut dikongsi Nurulazma Syafiqah, yang merupakan Pengurus Pusat Komuniti Desa Serting Ilir yang merupakan rakan strategik dalam penganjuran bersama program ini meluahkan rasa teruja dan sangat lega dengan penglibatan para peserta.

Peserta Pertandingan Berselawat

Peserta pertandingan berselawat.

“Apabila dilihat respon masyarakat sekeliling yang tidak ‘menyambut’ seperti kebiasaan mengusarkan pihak kami tetapi dengan melipat gandakan usaha akhirnya program ini berjaya juga dilaksanakan dengan penglibatan para peserta yang tidak menghampakan.

“Program ini walaupun mempunyai banyak cabaran dari segi jumlah penyertaan pertandingan namun dengan kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak yang terlibat ianya berjaya dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, Shahnon Mohamad, Pengarah Penerangan Negeri Sembilan dalam ucapannya berkata, jalinan kerjasama antara rakan strategik jabatan sangat diperlukan kerana jabatan tidak mampu untuk bergerak sendiri.

“Dengan kapasiti yang terhad, sudah pasti program yang besar sukar untuk dijayakan. Namun apabila adanya kesepakatan antara agensi akan menghasilkan impak yang lebih tinggi dan apa yang paling penting perkongsian maklumat itu sampai kepada masyarakat,” katanya.

Pertandingan berselawat, ceramah ringkas mengenai persediaan menghadapi fasa endemik serta ceramah sempena maulidurrasul bertajuk Cinta Rasullullah turut diadakan dalam meraikan dan menyemarakkan sambutan Maulidurrasul pada kali ini.

-FF

Tinggalkan komen anda