Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Menurun, Tiga Kluster Baharu Dikenal Pasti

By 25 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 menurun kepada 5,666 kes semalam daripada 5,828 kes kelmarin, manakala 6,978 kes sembuh direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kluster baharu direkodkan dengan masing-masing satu kes melibatkan kluster tempat kerja di Johor, kluster kumpulan berisiko tinggi juga di Johor dan kluster komuniti di Selangor.

“Daripada 5,666 kes harian yang dilaporkan hari ini (Ahad), 107 kes atau 1.9 peratus adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala 5,559 kes atau 98.1 peratus lagi terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

“Selain itu, 20 kes melibatkan kes import iaitu 14 warganegara dan enam bukan warganegara serta kes tempatan ialah 5,646, dengan 5,449 daripadanya warganegara dan 197 bukan warganegara,”” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Mengenai kes di unit rawatan rapi (ICU), Dr Noor Hisham memaklumkan sejumlah 601 kes memerlukan rawatan di ICU dengan 299 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara semalam ialah 0.87 dengan Kuala Lumpur mencatatkan kadar Rt paling tinggi iaitu 1.0 manakala Labuan satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my

Data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda