Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tindakan Pantas Elak Sungai Gong Tercemar – LUAS

By 14 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/LUAS

SHAH ALAM, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan air Sungai Gong, Rawang berbuih dan berbau pada pukul 11 pagi semalam susulan kebakaran kilang plastik di Sungai Bakau.

LUAS dalam kenyataannya memaklumkan siasatan pihaknya mendapati air sisa pemadaman kebakaran tersebut telah masuk ke aliran longkang berhampiran dan seterusnya ke Sungai Gong.

“Kod Kuning telah diaktifkan bagi siasatan menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang.

“Jarak lokasi insiden ke muka sauk Rantau Panjang adalah 13 kilometer dengan tempoh perjalanan sembilan jam untuk pencemaran sampai ke muka sauk tersebut.

Kebakaran kilang plastik di Sungai Bakau, Rawang semalam menyebabkan air sisa pemadaman masuk ke aliran longkang hampir mencemarkan Sungai Gong.

Kebakaran kilang plastik di Sungai Bakau, Rawang semalam menyebabkan air sisa pemadaman masuk ke aliran longkang hampir mencemarkan Sungai Gong.

“Pensampelan bau di Sungai Sembah dan Sungai Selangor mencatatkan kadar bau sifar ton sehingga jam 2.30 petang,” menurut kenyataan berkenaan hari ini.

Namun, menurut kenyataan itu, peningkatan bau sehingga satu ton dikesan pada pukul 6.30 petang di Jambatan Sungai Sembah.

“LUAS meletakkan tujuh beg Serbuk Karbon Teraktif di alur longkang sebelum ke Sungai Bakau sebagai langkah kawalan pencegahan pencemaran.

“Operasi Pengepaman Air Kolam, Bestari Jaya dan projek pengepaman air mentah dari kolam takungan (HORAS) 600 dengan kapasiti 1,070 juta liter sehari (JLH) diaktifkan pukul 6.30 petang.

Seorang penguatkuasa LUAS kelihatan mengambil sampel air untuk ujian bau dan langkah pencegahan selepas mengesan air Sungai Gong di Rawang berbuih dan berbau.

Seorang penguatkuasa LUAS kelihatan mengambil sampel air untuk ujian bau dan langkah pencegahan selepas mengesan air Sungai Gong di Rawang berbuih dan berbau.

“Ia bagi tujuan meningkatkan ‘dilution factor’ sungai,” katanya kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan sama menyatakan langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi dan statik di Sungai Sembah dilaksanakan pihak LUAS.

“Sehingga jam 9.30 malam semalam, bacaan bau di Loji Rawatan Air (LRA) sifar ton dan tiada gangguan operasi LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda