Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

98.2 Peratus Kes Baharu Kategori Satu dan Dua

By 25 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 98.2 peratus atau 5,654 daripada keseluruhan 5,755 kes baharu COVID-19 dilapor semalam adalah kategori satu dan dua, masing-masing tidak bergejala serta bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 101 kes atau 1.8 peratus pula adalah kategori tiga, empat dan lima iaitu mereka yang mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini 2,602,835 selepas 5,654 kes baharu direkodkan, meningkat sedikit berbanding 5,594 kes kelmarin.

“Sebanyak 506 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 270 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak lapan kluster baharu dikenal pasti semalam menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 234.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), beliau berkata negara kini merekodkan nilai 1.0 dengan Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.14 dan nilai sifar direkodkan di Labuan.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda