Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Diberi Keutamaan

By 30 November 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: PUNB

PUTRAJAYA, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diberi keutamaan oleh kerajaan melalui penyediaan pelbagai pakej rangsangan dan pelan pemulihan bagi membantu mereka bertahan dan berdaya saing dalam norma baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini bagi memastikan usahawan Bumiputera mampu menempa kejayaan sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.

Pembentangan Bajet 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” baru-baru ini telah memperuntukkan sebanyak RM11.4 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera.

“Daripada jumlah ini, sebanyak RM4.8 bilion dikhususkan untuk pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan yang akan disalurkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

“Saya percaya melalui peruntukan yang diterima, PUNB akan mengukuhkan lagi strategi pembangunan perniagaan Bumiputera agar dapat melahirkan usahawan berdaya tahan dan progresif sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” kata Perdana Menteri semasa berucap di Majlis Ikon Inspirasi Impian anjuran PUNB.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda