Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Cadangan Penggabungan Celcom-Digi Diterima Secara Rasmi oleh SKMM

By 25 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Cadangan penggabungan antara DiGi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom) telah diterima secara rasmi dan kini menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat telekomunikasi itu berkata Digi telah mengadakan perbincangan dengan SKMM bagi memulakan proses penilaian penggabungan selaras dengan garis panduan suruhanjaya itu mengenai penggabungan dan pengambilalihan.

“Permohonan penggabungan itu telah diterima secara rasmi oleh SKMM untuk penilaiannya mengikut garis panduan tersebut,” kata Digi.

Syarikat telekomunikasi itu juga berkata penyelesaian cadangan penggabungan itu, antara lainnya, akan tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta pemegang saham Axiata dan Digi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda