Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Turun Lagi, 5,097 Kes

By 28 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 terus mencatat penurunan kepada angka 5,097 kes berbanding 5,501 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini sebanyak 2,619,577, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata nilai Rt kebangsaan juga terus menunjukkan penurunan kepada 0.97 semalam berbanding 0.99 kelmarin.

“Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, 5,080 merupakan kes jangkitan tempatan manakala baki 17 adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan situasi COVID-19 semalam.

Memperinci lanjut, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu yang direkodkan itu, hanya 84 merupakan kategori tiga, empat dan lima manakala 5,013 kes adalah kategori satu dan dua.

Dalam pada itu, beliau berkata kes sembuh mencatat 5,352 kes menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih adalah 2,522,045.

Dr Noor Hisham berkata 423 kes pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 171 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak lapan lagi kluster juga dikesan semalam dengan terdapat 234 kluster masih aktif di seluruh negara, katanya.

Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda