Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

Sembilan Kementerian Capai Penarafan Lima Bintang Dalam Program Keceriaan Sempena Bulan Kebangsaan 2021

By 30 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Zaidy/Fariz Faizal (KKMM)

PUTRAJAYA, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), telah berjaya menganjurkan Program Keceriaan Antara Kementerian yang memberi fokus kepada suasana keceriaan sambutan ulang tahun kemerdekaan dan kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di premis kementerian.

Penyertaan dari 26 Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyertai pertandingan ini dengan pengibaran Jalur Gemilang di bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi salah satu menifestasi semangat cintakan negara dan dalam kalangan penjawat awam sebelum disebarluaskan ke peringkat akar umbi.

Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek ketika berucap pada Majlis Apresiasi Jabatan Penerangan (Japen) hari ini berkata program keceriaan itu juga bertujuan meningkatkan komitmen semua kementerian dalam menyemarakkan semangat cintakan negara.

“Berdasarkan sambutan yang menggalakkan, program sama akan diteruskan pada tahun hadapan dengan tujuan sama, selain memberi peluang kepada kementerian lain untuk meningkatkan tahap penarafan bintang,” katanya.

Sembilan kementerian mencapai penarafan lima bintang bagi Program Keceriaan antara Kementerian sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 yang julung kali diadakan tahun ini.

Antara kementerian yang mencapai penarafan lima bintang ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan.

Sebanyak 14 kementerian mencapai penarafan empat bintang manakala tiga kementerian mendapat penarafan tiga bintang.

Program keceriaan itu berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 Sept lepas dengan penilaian dan pemarkahan dilakukan berdasarkan kepada rakaman video dan gambar yang dihantar kepada Japen selaku urus setia dan penilaian merangkumi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah seperti pantun dan penglibatan pegawai di kementerian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda