Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

48 Mangsa Korban Banjir Seluruh Negara, Lima Masih Hilang

By 27 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 48 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.

“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita manakala di Pahang melibatkan 14 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu mangsa di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda