Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,806 Kes Baharu, Jumlah Kumulatif 2,644,027 Kes

By 3 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 naik kepada 5,806 semalam berbanding 5,439 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu dalam negara kini berjumlah 2,644,027 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu yang direkodkan itu 5,795 merupakan kes jangkitan tempatan melibatkan 5,542 warganegara, manakala 11 kes import membabitkan 6 warganegara.

“Daripada 5,806 kes harian yang dilaporkan pada hari ini (Khamis) 103 kes adalah kategori tiga, empat, dan lima; dan 5,703 kes lagi adalah kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan situasi COVID-19 semalam.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit COVID-19 yang tidak bergejala serta bergejala ringan, manakala kategori tiga, empat dan lima pula ialah pesakit sama ada mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata kes sembuh pula mencatat 7,246 kes menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih adalah 2,551,253.

Selain itu Dr Noor Hisham berkata 511 kes disahkan pesakit COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 266 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak enam lagi kluster baharu dikesan semalam, dan ketika ini 227 kluster masih aktif di seluruh negara.

Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

-RI

Tinggalkan komen anda