Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Misi Serah Kotak Kasih KKMM Diteruskan

By 22 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: KKMM

PUTRAJAYA, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,030 Kotak Kasih disumbangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di empat lokasi di Selangor bagi membantu penduduk yang terjejas dengan bencana banjir.

Menurut Facebook KKMM, penyerahan sumbangan itu yang berbentuk makanan kering dan pakaian disempurnakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz di tiga lokasi iaitu di Pulau Carey, Kuala Langat dan Sijangkang.

Di Pulau Carey, penyerahan membabitkan 230 Kotak Kasih manakala di Kuala Langat dengan 300 kotak dan Sijangkang, 100 kotak.

Selain itu, penyerahan turut diadakan di Hulu Langat membabitkan sebanyak 400 Kotak Kasih.

Inisiatif berkenaan merupakan sumbangan daripada warga KKMM dan agensi-agensi dibawahnya serta kerjasama rakan strategik demi semangat Keluarga Malaysia.

Pada Isnin, sebanyak 700 Kotak Kasih disumbangkan KKMM dengan kerjasama pihak swasta bagi membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda