Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

MOTAC Lanjut Tempoh Kelonggaran Syarat Bagi Syarikat Pengendali Pelancongan

By 27 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan tempoh kelonggaran syarat yang diberikan kepada syarikat pengendali pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), bermula 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Selain berkaitan kelonggaran dari segi keluasan premis, ia juga melibatkan kelonggaran kebenaran untuk menjalankan perniagaan lain dalam premis syarikat pengendali pelancongan serta tempoh penyewaan premis perniagaan secara ‘co-share office space’.

“Kelonggaran ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 5,467 pengusaha pelancongan yang berlesen yang menjalankan perniagaan agensi pengembaraan,” kata MOTAC dalam kenyataan hari ini.

“Diharapkan kelonggaran yang telah diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan masalah yang dihadapi oleh syarikat pengusahaan pelancongan yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19,” tambah MOTAC.

Sebelum ini, MOTAC telah melanjutkan tempoh kelonggaran syarat yang diberikan kepada syarikat pengendali pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta 482 bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda