Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tanah Mendap: 128 Pelajar UIAM Diarah Kosongkan Asrama

By 27 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM

GOMBAK, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diarahkan mengosongkan asrama susulan berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di bangunan tersebut semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 9 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mengikut keterangan saksi (pelajar), kejadian tanah runtuh itu berlaku sekitar pukul 6.45 petang semasa hujan lebat.

“Pihak pengurusan UIAM mengarahkan semua 128 penghuni terdiri daripada pelajar lelaki untuk mengosongkan bangunan asrama.

“Setelah pemantauan dibuat, tiada kesan rekahan pada dinding atau lantai bangunan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zulfikar berkata mendapan jalan berlaku dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman lebih kurang tiga meter.

“Pihak UIAM telah bertindak menutup kawasan tersebut dengan meletakkan kon dan sawar-sawar.

“Konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah dihubungi berkenaan kejadian tersebut untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda