Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Skim Wilayah Bebas Berniaga Dilanjut hingga Jun Depan

By 28 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Tempoh lesen percuma melalui Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Disember ini dilanjutkan hingga Jun tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata keputusan itu dibuat bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di bawah skim tersebut memandangkan negara masih berdepan ancaman COVID-19 dan cabaran ekonomi.

“Walaupun harga dikenakan untuk pembaharuan lesen ini tidak tinggi tetapi sedikit sebanyak inisiatif Wilayah Bebas Berniaga diharap dapat membantu meringankan beban peniaga,” katanya kepada Bernama semasa menghadiri Mesyuarat Agong Pemilihan Kali Ke-14 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.

Beliau turut mengingatkan peniaga agar mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan serta tidak berniaga di lokasi yang boleh mengganggu laluan dan ketenteraman awam.

Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenal pada 15 November tahun lepas bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda