Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Wartawan Wira Tidak Didendang Tatkala Negara Dilanda Wabak COVID

By 1 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Wartawan adalah wira tidak didendang tatkala negara dan dunia dilanda wabak COVID-19, dengan menyedia dan menyalurkan maklumat berkaitan pandemik kepada masyarakat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata wartawan sanggup mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri berdepan wabak berkenaan demi melaksanakan tugas.

Menurut Ismail Sabri, kesemuanya itu dilakukan wartawan bagi memastikan rakyat yang terkurung di rumah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat maklumat dan mampu mengikuti perkembangan semasa tanah air serta luar negara.

“Tanpa wartawan, mustahil berita-berita dan maklumat penting dapat disebar luas dengan cepat dan pantas termasuk sidang media COVID-19 yang dilaksanakan hampir setiap hari.

“Oleh kerana sumbangan besar para wartawan kepada negara, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para wartawan sebagai sebahagian daripada petugas barisan hadapan sewaktu pandemik ini. Tahniah dan terima kasih!,” katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2021, di Kuala Lumpur malam tadi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda