Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Aliran Trafik di Lebuh Raya Utama Lancar

By 31 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata setakat 11.35 pagi ini, aliran trafik menuju utara dan selatan negara lancar berikutan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung halaman masing-masing bermula Jumaat lepas.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, LPT 2, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Skudai juga lancar di kedua-dua arah.

“Terdapat insiden pokok tumbang di Kilometer 31 arah utara Kulai-Sedenak, hanya lorong kecemasan terhalang,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda