Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Hampir 99 Peratus Kes dalam Kategori Satu, Dua

By 8 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Hampir 99 peratus iaitu 98.9 peratus atau 3,344 kes daripada jumlah keseluruhan 3,381 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam adalah dalam kategori satu dan dua, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau dalam kenyataan berkata daripada kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini hanya 37 kes iaitu 1.1 peratus dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Sebanyak 319 kes merupakan kes import melibatkan 284 warganegara dan 35 bukan warganegara. Kes sembuh yang dilaporkan hari ini (Jumaat) ialah 3,447 kes,” katanya.

Ini merupakan hari keempat berturut-turut kes baharu COVID-19 mencatatkan peningkatan selepas ia menurun di bawah 3,000 kes pada Isnin.

Menurutnya sebanyak enam kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) semalam manakala kadar kebolehjangkitan seluruh negara adalah 0.96.

Dr Noor Hisham berkata maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https: //covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

Mengenai situasi semasa bencana banjir, beliau berkata sebanyak 56 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir semalam.

Daripada jumlah itu, 33 kes merupakan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), penyakit kulit (sembilan) dan acute gastroenteritis (AGE) (14).

Kata Dr Noor Hisham setakat 3 petang hari ini semalam tiada kes baharu COVID-19 yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir dan ini menjadikan jumlah kes positif dalam kalangan mangsa banjir kekal 465 kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda