Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kerajaan Belanja RM1.4 Bilion Bantu Pemulihan Pasca Banjir

By 9 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion bagi membantu proses pemulihan pasca banjir bagi mereka yang terjejas akibat bencana tersebut.

Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamarudin memaklumkan setakat ini 85% mangsa telah mendapat bantuan yang disediakan kerajaan.

“Kita sedia maklum bahawa bencana kali ini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara kita dan kerajaan akan segera memperbaiki kesemua infrastrukutur bagi kemudahan orang awam.

Sumbangan kepada mangsa banjir.

Salah seorang penduduk menunjukkan paras air di rumahnya ketika banjir berlaku.

“Kita hendak pastikan kesemua mangsa yang terlibat mendapat atau maklum mengenai bantuan sama ada daripada pihak kementerian mahupun kerajaan,” katanya ketika hadir menyantuni mangsa banjir di Kampung (Kg.) Batu 16, di sini semalam.

Zuraida memaklumkan, segala permohonan berkenaan bantuan bencana boleh diajukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat bagi kawasan tersebut.

Terdahulu, seramai 70 orang sukarelawan daripada Kelab KPPK dan Penggerak Komuniti Negara (PKN) telah berkampung di kawasan angkat yang diberikan kepada mereka seperti Kg. Batu 16, Kg. Batu 17 dan Kg. Batu 18 selama tiga hari.

Menurut Pengerusi PKN DUN Dusun Tua, Anizan Othman, walaupun ramai di antara ahli PKN terlibat dengan banjir, mereka juga tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap masyarakat apabila turut sama turun padang membantu penduduk lain yang terlibat.

Sumbangan kepada mangsa banjir.

Sumbangan kepada mangsa banjir.

“Kami amat-amat menghargai bantuan yang diberikan oleh Yang Berhormat (YB) Menteri KPPK kepada kami di sini.

“Pada hari ketiga selepas bencana, YB telah menghantar tiga buah lori bantuan untuk disalurkan kepada mangsa yang mana sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada kami yang sedang dalam kebingungan dan kesedihan akibat bencana yang saling tidak tumpah seperti tsunami kecil ini,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPPK Datuk Ravi Muthayah.

-RI

Tinggalkan komen anda