Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Majikan Sektor Swasta Perlu Beri Satu Hari Tambahan Hari Kelepasan Am Berbayar

By 29 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu memberi satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar pada 3 Februari ini kepada pekerja masing-masing kerana berlaku pertindihan antara hari kelepasan am bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, tambahan satu hari kelepasan am itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 600(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Akta 265 memperuntuk jika mana-mana hari kelepasan am yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b) jatuh pada mana-mana hari kelepasan am dalam perenggan (a) dan (b), hari bekerja selepas hari kelepasan am tersebut hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan am berbayar sebagai ganti kepada hari kelepasan am yang pertama.

“Bagaimanapun, bagi majikan yang tidak menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah Persekutuan sahaja,” menurut jabatan itu.

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Februari yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari.

Menurut JTK, Hari Wilayah Persekutuan merupakan hari kelepasan am berbayar yang wajib diambil oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak dalam Wilayah Persekutuan sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 60D(1)(a)(iii) akta sama.

Bagi Tahun Baharu Cina pula, jika dipilih dan disenaraikan oleh majikan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen 60D(1)(a), ia juga wajib diambil oleh majikan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda