Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,522 Kes Baharu Dilaporkan

By 29 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam masih menunjukkan arah aliran peningkatan apabila merekodkan 5,522 kes berbanding 5,439 kes dilaporkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti wabak itu adalah 2,855,930.

Beliau berkata 5,483 daripada 5,522 kes baharu itu dikategorikan sebagai Kategori Satu dan Dua manakala 39 kes adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima.

“Sebanyak 373 atau 69.4 peratus daripada jumlah kes baharu adalah kes import manakala 5,149 kes atau 96.1 peratus ialah kes tempatan.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 127 kes dan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 hari ini.

Arah aliran peningkatan ini bermula pada 24 Januari lepas dengan merekodkan sebanyak 3,214 kes dan terus meningkat kepada 4,066 kes pada hari berikutnya, kemudian 4,744 kes dilaporkan pada 26 Januari lepas.

Mengenai kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 3,285 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih daripada wabak itu adalah 2,773,948 orang.

Beliau juga berkata 23 kluster baharu dikenal pasti dengan 289 kluster masih aktif setakat ini, sementara kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara berada pada paras 1.15 dengan Negeri Sembilan merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.21 setakat kelmarin.

Sementara itu, katanya, 62 kes baharu COVID-19 membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) dilaporkan dalam tempoh 25 Januari hingga kini.

“Kesemua kes ini adalah varian Delta. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah 7,118 kes.

“Daripada keseluruhan jumlah yang dikesan itu, sebanyak 7,098 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda