Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ops Bersepadu Peringkat Negeri Kedah Bermula Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

By 30 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Mahrani Mohamad (Kulim)

KULIM, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok dan musim cuti sekolah yang sudah bermula, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri (MIN) Kedah bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah melancarkan Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu peringkat negeri hari ni.

Pengarah Jabatan Jalan Raya Negeri Kedah Abdul Rahman Emang Anyie, berkata nahas jalan raya bukan saja menimbulkan risiko kecederaan malah membabitkan kerugian yang tinggi.

“Nahas kemalangan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan dan kematian namun turut membawa kerugian ekonomi yang tinggi melibatkan pembaikan infrastuktur, bayaran pampasan dan kos perubatan namun memberi implikasi negatif tahap efisiensi sistem pengakutan jalan raya,” katanya yang ditemui sempena program di Plaza Tol BKE Lunas, di sini semalam.

Azman Nasrudin ketika menyampaikan cenderahati kepada pengguna lebuhraya tol BKE Lunas.

Azman Nasrudin ketika menyampaikan cenderahati kepada pengguna lebuhraya tol BKE Lunas.

EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah Azman Nasrudin, berkata pihak penguatkuasa negeri menjalankan Ops Bersepadu Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina bermula 25 Januari hingga 8 Febuari ini di seluruh negeri Kedah.

“Larangan kenderaan barangan di semua jalan raya berkuatkuasa pada 30 hingga 31 Januari dan 3 hingga 4 Februari 2022.

“Slogan “Pandu Cermat Sampai Selamat” masih digunakan bagi Kempen Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2022,” katanya.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda