JELEBU, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Jualan Keluarga Malaysia di pekan Kuala Klawang terima sambutan positif penduduk setempat.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias merangkap Ahli Parlimen Jelebu, berkata pelbagai barangan keperluan dapur seperti tepung, minyak masak, bawang dan kentang boleh didapati dengan harga berpatutan.
“Potongan harga untuk seekor ayam kepada hanya lima ringgit kepada 100 orang terawal dan sayur-sayuran secara percuma turut diberikan kepada pengunjung jualan ini,” katanya ketika merasmikan program tersebut, hari ini.
-RI