Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul
Rompin, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah melancarkan Kad Kesihatan Warga Emas Negeri Pahang.
Seramai 9,009 penerima Bantuan Orang Tua (BOT) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang meliputi 11 daerah tersenarai sebagai penerima bagi Fasa 1 pemberian kad kesihatan ini.