Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Peluang Pekerjaan Semakin Meningkat di Terengganu

By 13 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ali Imran Johari/Muhd Afiq Ahmad Zaid (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Terengganu dilihat begitu komited dalam memastikan peratusan pengangguran dapat diturunkan dengan mewujudkan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC).

Ketika ini, THRDC telah menjalinkan kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan serta pelbagai industri di negeri ini untuk membantu rakyat khususnya di Terengganu mendapatkan peluang pekerjaan.

Hasil tinjauan dilapangan mendapati, kebanyakan golongan muda di negeri ini telah mendapatkan pekerjaan, hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ketika ini.

Dalam pada itu, Siti Nazirah Nasuha Zainal, 29, berkata kewujudan THRDC telah membuka luas peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya golongan belia yang dibelenggu pengangguran akibat pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu.

“Saya dan juga rakan-rakan berasa amat bersyukur kerana usaha kerajaan negeri membuka peluang pekerjaan dapat membantu kami untuk meneruskan kelangsungan hidup, “ katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambah Siti Nazirah yang kini telah mendapatkan pekerjaan tetap di salah sebuah agensi milik kerajaan negeri, sebelum ini dia dan rakan-rakan gagal mendapatkan sebarang pekerjaan tetap dan perlu mencari pekerjaan di perantauan.

Mohd Syafiq Aiman Rosli, 19, pula, berkata terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan ketika ini daripada pelbagai sektor.

Mohd Syafiq menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan.

Mohd Syafiq menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan.

“Ini menunjukkan bahawa inisiatif kerajaan negeri berjaya dilaksanakan dan memberi peluang yang cerah kepada anak-anak muda di sini.

“Apa yang saya lihat, peluang pekerjaan yang ditawarkan ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat kerana kepelbagaian jawatan yang ditawarkan tidak menghadkan pekerjaan tersebut kepada hanya segelintir calon sahaja,” katanya.

Katanya, usaha ini dilihat mampu melahirkan pekerja dari pelbagai bidang kepakaran dan pastinya anak-anak muda yang mempunyai pelbagai kelulusan dari pelbagai bidang dapat diserapkan mengikut pengkhususan masing-masing.

Bagi Amir Fairus Ariffin, 25, pula, dia adalah antara golongan yang sudah mendapat pekerjaan di bawah skim yang ditawarkan oleh agensi yang bekerjasama dengan (THRDC).

“Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana membantu saya mendapatkan pekerjaan ketika ini kerana, sebelum ini saya telah diberhentikan oleh majikan akibat terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Saya berharap agar lebih ramai rakyat Negeri Terengganu yang ditawarkan pekerjaan dan usaha ini dapat dilakukan secara berterusan seterusnya akan mengurangkan lagi kadar pengangguran di negeri ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda