Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PLUS Gandakan Pasukan Bantu Pelanggan RFID di Plaza Tol

By 18 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 18 Jan (Malaysiaaktif) – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menggandakan pasukan petugasnya di plaza tol untuk membantu melicinkan pergerakan pengguna lebuh raya Utara-Selatan yang berhijrah menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

PLUS dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pihaknya juga telah meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.

“Pelanggan lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID.

“Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan. Jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini media melaporkan pengguna jalan raya meluahkan kekecewaan selepas terperangkap dalam kesesakan di beberapa plaza tol, dipercayai berikutan kegagalan sistem RFID untuk mengesan tag yang dipasang pengguna.

Sementara itu, dalam kenyataan sama PLUS memaklumkan perlaksanaan RFID sejak 15 Januari lalu mencatatkan kadar migrasi yang menggalakkan iaitu sebanyak 10 peratus transaksi di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan pada hujung minggu.

PLUS turut berharap peningkatan peralihan kepada pembayaran tol menerusi RFID yang sejajar dengan gaya hidup digital pembayaran tanpa sentuh dan e-Dompet, akan membawa pengalaman perjalanan lebih lancar kepada pengguna.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda