Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Tema ‘Ghost Bride’ Uji Kreativiti Pelajar Kolej Komuniti Taiping

By 9 Januari 2022Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Kolej Komuniti Taiping

TAIPING, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Walaupun solekan berperanan mencantikkan wajah sesorang, solekan juga mampu membuatkan penampilan individu atau pelakon kelihatan menakutkan atau menggerunkan yang mana menguji bakat peserta Pertandingan Ghost Bride 2022 anjuran Kolej Komuniti Taiping baru-baru ini.

Imej mengerikan ini dihasilkan dengan teknik kesan khas menerusi teknologi pengkomputeran mahupun solekan yang mencungkil bakat pelajar dalam kreativiti berkarya.

Pertandingan ini terbuka kepada Pelajar Semester Dua Sijil Terapi Kecantikan Kolej Komuniti Taiping bagi Sesi 1, 2021/2022.

Bagi menampilkan wajah yang diinginkan pelbagai peralatan kosmetik dan bahan prostetik daripada getah dan silikon digunakan untuk menampakkan tubuh kelihatan luka parah, berusia atau cacat.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Taiping, Encik Aznur Anuar Ab. Azid.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Taiping, Encik Aznur Anuar Ab. Azid.

Cabaran bagi jurusolek kesan khas ini adalah untuk menghasilkan solekan kelihatan realistik sehingga dapat membuatkan pemerhati percaya ia benar-benar berlaku dan bukannya solekan.

Malah dalam sesetengah keadaan mereka perlu memiliki kemahiran melebihi jurusolek profesional kerana penggunaan bahan unik dan kreatif diperlukan bagi menghasilkan prostetik agar kelihatan ‘hidup’ dan ia menjadi matlamat bagi semua jurusolek kesan khas.

Seramai lapan orang peserta yang juga bakal jurusolek atau make up artist (MUA) telah mempertaruhkan bakat masing-masing dalam pertandingan ini.

Peserta pertandingan telah dinilai semasa memperagakan hasil solekan sambil melakukan catwalk di runway yang disediakan.

Penjurian berlangsung semasa peserta mempersembahkan 'catwalk' di 'runway' yang disediakan.

Penjurian berlangsung semasa peserta mempersembahkan ‘catwalk’ di ‘runway’ yang disediakan.

Kesan khas yang diaplikasikan adalah inspirasi daripada imaginasi peserta serta tontonan siri The Ghost Bride di rangkaian video streaming di Malaysia yang pernah ditonton oleh para peserta sebelum ini.

Sentuhan emas yang unik, realistik dan kreatif adalah menjadi indikasi bagi penjurian kali ini.

Menariknya, antara juri yang dijemput adalah Cik Nur Nabilah Yahya yang merupakan Juara Pertandingan K-Beauty Olympic Change Destiny di Seoul, Korea pada tahun 2019 yang juga Alumni Kolej Komuniti Taiping.

Kali ini, Nur Arissa Najlaa Md Radzi telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Ghost Bride dengan membawa pulang hadiah berupa barangan solek beserta beg yang boleh digunakan sepanjang pembelajaran dan praktikal pelajar.

Hasil solekan Ghost Bride oleh salah seorang peserta.

Hasil solekan Ghost Bride oleh salah seorang peserta.

Menurut Arissa, beliau amat teruja menyertai pertandingan ini dan memberi semangat kepada beliau untuk terus memantapkan kemahiran kesan khas yang ada serta memberi keyakinan kepada beliau untuk terus menyertai pertandingan seperti ini pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada tenaga pengajar dan rakan-rakan pasukan saya yang telah bertungkus-lumus membantu saya dalam menghasilkan look kali ini”.

Tambah beliau, dahulu jika ditanya cita-cita semasa kecil, kerjaya jurusolek profesional mungkin tidak pernah terlintas oleh sesiapa pun apatah lagi jurusolek kesan khas, sebaliknya doktor, guru, jurutera dan arkitek antara kerjaya impian popular yang mendahului senarai.

“Kerjaya ini mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang, tapi tidak ramai tahu, selain bakat seni, mereka juga perlu mendalami bidang ini dengan ilmu kerana tugas solekan menggunakan kesan khas perlu mengikut kesesuaian wajah, personaliti dan warna dan yang penting, konsep atau tema yang diperlukan” , ujar beliau sebelum mengakhiri temu bual.

Diharapkan Kolej Komuniti Taiping dapat melahirkan lebih ramai jurusolek kesan khas agar menjadi satu profession yang menjadi pilihan dan mempunyai peratusan kebolehpasaran yang tinggi di Malaysia.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ghost Bride 2022 telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Taiping, Aznur Anuar AB Azid.

~RJ~

Tinggalkan komen anda