Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Turun, 2,888 Kes Dilapor

By 10 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan penurunan dengan merekodkan 2,888 kes semalam, berbanding 3,251 kes kelmarin, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan itu menyumbang kepada 2,786,219 kes kumulatif semalam, manakala dilaporkan sebanyak 2,714 kes sembuh menjadikan keseluruhan kes sembuh 2,714,614 direkodkan dalam tempoh sama.

“Daripada 2,888 kes harian dilaporkan hari ini (Ahad), sebanyak 36 kes atau 1.2 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 248 kes, sementara 117 kes memerlukan bantuan pernafasan dan terdapat satu kluster baharu turut dikesan hari ini (Ahad),” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, semalam.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pada 0.97 dengan Labuan merekodkan nilai tertingi iaitu 1.12 dan 1.06 bagi Sabah.

Mengenai banjir, Dr Noor Hisham berkata setakat 3 petang semalam, KKM mengesan tiga lagi kes positif dalam kalangan mangsa banjir, menjadikan jumlah keseluruhan kini 469 kes.

Katanya, KKM turut mengesan sembilan penyakit berjangkit melibatkan mangsa bencana itu merangkumi lapan kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda