Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Thaipusam: Pengunjung di Batu Caves Dinasihatkan Patuh SOP – PDRM

By 16 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamad menegaskan agar penganut agama Hindu yang berkunjung ke Kuil Sri Subramaniam, di sini agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, SOP berkenaan bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan penularan COVID-19 kepada semua pengunjung yang hadir beribadat.

“Antaranya, hanya penerima vaksin lengkap dan berumur 18 tahun ke atas hanya dibenarkan masuk ke kawasan kuil serta memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mengimbas suhu badan,” katanya.

(Dua dari kiri) Arjunaidi melihat penyediaan makanan kepada petugas PDRM di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves sempena sambutan Thaipusam.

(Dua dari kiri) Arjunaidi melihat penyediaan makanan kepada petugas PDRM di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves sempena sambutan Thaipusam.

Beliau berkata demikian semasa sidang media ketika mengadakan tinjauan persiapan sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves hari ini.

Arjunaidi berkata, perarakan kavadi tidak dibenarkan namun paal kodam (belanga berisi susu) dibenarkan dengan SOP tidak lebih 100 orang dalam satu masa ketika menaiki tangga secara bergilir-gilir.

“Secara keseluruhan hanya 6,000 orang sahaja dibenarkan masuk ke kuil dalam masa sehari.

Arjunaidi (tengah) ketika sidang media berkenaan SOP dan lawan tinjauan sambutan Thaipusam di Kuil Batu Caves hari ini.

Arjunaidi (tengah) ketika sidang media berkenaan SOP dan lawan tinjauan sambutan Thaipusam di Kuil Batu Caves hari ini.

“Penggunaan ‘dron’ juga tidak dibenarkan atas faktor keselamatan dan sekiranya ingkar tindakan akan diambil di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” tegas beliau.

Mengenai situasi semasa, beliau berkatanya, suasana dalam keadaan terkawal dengan kawalan 1,500 anggotan PDRM bersama agensi-agensi lain.

“Diharapkan sambutan Thaipusam tahun ini berjalan lancar dan tiada sebarang gangguan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda