
Laporan/foto: Denis Eten/Sumardi Sugiman (Sarawak)
BAU, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Impian 107 orang ahli Majlis Kebajikan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Daerah Bau untuk menawan Puncak Bung Jagoi menerusi Program “Hiking Bung Jagoi” yang melibatkan 20 agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta komuniti setempat tercapai hari ini.
Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep merangkap ADUN Tasik Biru telah hadir untuk menyempurnakan acara pelepasan Program “Hiking Bung Jagoi” bertempat di Kampung Jagoi Duyoh, di sini, hari ini.
-ZS-