Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tunjang Budaya Juara Festival Gendang Citrawarna

By 26 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Kumpulan Tunjang Budaya membawa pulang wang tunai RM5000 setelah dinobatkan sebagai juara Festival Gendang Citrawarna bertempat di Tebingan Kuching, di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Hajah Nancy Shukri menyatakan bahawa festival gendang ini amat bermakna dan memberi impak yang besar kepada penduduk tempatan sebagai landasan yang penting untuk mengetengahkan dan mempopularkan seni warisan bergendang, bermukun (berbalas pandu) dan bertandak (menari) yang menjadi warisan turun temurun masyarakat Sarawak yang berbilang kaum.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda