Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Rakyat Diseru Solat Berjemaah

By 26 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob (Setiu)

SETIU, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) Peringkat Daerah Setiu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim di Masjid Ar Rahman, Kampung Bintang, malam tadi.

Katanya, solat berjemaah merupakan salah satu tuntutan penting ke atas orang Islam, terutamanya kaum Muslimin.

Dalam pada itu, satu ceramah khas telah disampaikan oleh Pensyarah UniSZA merangkap mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu, Dr. Abdul Halim Awang.

Turut hadir Pegawai Daerah Setiu, Yang diPertua Majlis Daerah Setiu, Ketua Polis Daerah Setiu dan ketua-ketua jabatan serta badan bukan kerajaan (NGO).

-ZS-

Tinggalkan komen anda