Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

11,034 Kes Baharu Dilaporkan

By 8 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melebihi paras 10,000 untuk dua hari berturut-turut apabila 11,034 kes dilaporkan semalam berbanding 10,089 kes kemarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 sebanyak 2,925,254,

Menerusi laman sosial Twitter rasminya beliau berkata 99.47 peratus atau 10,976 kes baharu semalam adalah dalam Kategori Satu dan Dua, manakala 58 kes lagi atau 0.53 peratus berada dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Menurutnya, Kategori Satu mencatat sebanyak 2,819 kes atau 25.55 peratus; Kategori Dua (8,157 kes atau 73.92 peratus); Kategori Tiga (43 kes atau 0.39 peratus); Kategori Empat (11 kes atau 0.1 peratus) dan Kategori Lima (empat kes atau 0.04 peratus).

Menurut infografik yang turut dimuat naik, Kategori Tiga melibatkan jangkitan paru-paru, sementara Kategori Empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakalan Kategori Lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda