Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

11 Ribu Kanak-Kanak Labuan Disasarkan Terima Vaksin COVID-19

By 7 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Labuan menyasarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada kira-kira 11 ribu orang kanak-kanak di pulau tersebut melalui Program Vaksinasi COVID-19 kepada Kanak-Kanak (PICKids).

Menurut Pengarahnya Dr. Ismuni Bohari, Jabatan Kesihatan menyasarkan untuk menyelesaikan pemberian vaksin tersebut dalam masa sebulan bergantung kepada maklum balas komuniti di Labuan.

“Para ibu bapa sangat digalakkan untuk memberikan vaksin kepada anak-anak mereka terutamanya semasa kes COVID-19 yang semakin meningkat agar setiap kumpulan umur dapat dilindungi.

“Beberapa Pusat Pemberian Vaksin akan dibuka antaranya Hospital Labuan, Sekolah Kebangsaan Pekan Dua, Sekolah Kebangsaan Sungai Lada dan Kompleks Darul Kifayah,” katanya ketika melancarkan program tersebut di jabatan kesihatan tersebut, di sini hari ini.

-RI

Tinggalkan komen anda