Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

FAS, TDC Anjur Kempen “Let’s Cope with a Neon Hope”

By 5 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nik Noor Fatin Fatihah Binti Nik Hasri (Shah Alam)

PETALING JAYA, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil inisiatif menganjurkan kempen “Lets Cope with a Neon Hope” bagi memberi sokongan kepada pesakit kanser.

Menurut Presiden Persatuan FAS Khairy Jamaluddin yang juga menteri kesihatan, berkata kempen yang bertemakan Terus Berjuang sempena Hari Kanser Sedunia 2022 dianjurkan dengan kerjasama TDC Holdings Sdn Bhd (TDC), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Sunway Medical.

“Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa penyakit kanser boleh disembuhkan dengan melakukan pemeriksaan berkala supaya dapat mencegah, mengesan dan merawat,” katanya yang ditemui di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini semalam.

Turut mencemar duli,  Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

-RI

Tinggalkan komen anda