Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Gulungan Jerami Tarikan Baharu Kampung Kuala Dulang Kechil

By 3 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih dari 30 gulungan jerami padi ditempatkan di petak sawah berkeluasan 1.1 hektar menjadikan Kampung Kuala Dulang Kechil sebagai tarikan baharu kepada penggemar fotografi serta menjadi tumpuan orang ramai sejak seminggu yang lalu.

Seorang penduduk kampung tersebut Saad Abdullah, berkata golongan belia di sini bersemangat dan bertungkus lumus menyiapkan dan menyusun gulungan jerami padi ini mengikut kreativiti untuk dijadikan tempat swafoto berlatar belakangkan keindahan Gunung Jerai dan sawah padi luas terbentang.

“Selain aktiviti mengambil gambar bersama-sama jerami, para pelancong dapat melakukan aktiviti menunggang kuda dan perkhidmatan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) di kawasan jerami gulung ini,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut, di sini baru-baru ini.

-RI

Tinggalkan komen anda