Skip to main content
HomeLabuanMA

Kibar Bendera Lambang Cinta Terhadap Wilayah Persekutuan.

By 3 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin

LABUAN, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Seluruh warga Wilayah Persekutuan khususnya Warga Labuan diseru  bersama-sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan sebagai  sokongan serta rasa cinta dan sayang terhadap Wilayah Persekutuan.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien, sokongan terhadap kempen ini juga akan menyerlahkan imej masyarakat Wilayah Persekutuan yang harmoni, prihatin, maju dan sejahtera.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2022 bagi peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, pagi tadi di sini.

Amir (dua dari kanan) menerima cenderahati daripada Pengarah Penerangan Labuan, Ab Rasil Hajatil di gerai pameran Keluarga Malaysia

Amir (dua dari kanan) menerima cenderahati daripada Pengarah Penerangan Labuan, Ab Rasil Hajatil di gerai pameran Keluarga Malaysia

-ZS-

Tinggalkan komen anda