Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Karate Labuan Akhiri Penantian 11 Tahun

By 19 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Persatuan Karate Labuan

LABUAN, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Pasukan Karate Labuan memperolehi pingat emas pada Kejohanan Karate Senior Kebangsaan ke-40 dan Kejohanan Karate Kadet dan Remaja Kebangsaan kali ke-30 sekaligus mengakhiri penantian 11 tahun tanpa pingat emas di kejohanan peringkat kebangsaan.

Menurut kenyataan Persatuan Karate Labuan, Adib Abdullah Mohd Dzulfadly menjuarai kategori Junior Kumite Lelaki -55kg dengan mengalahkan atlet karate dari negeri Selangor pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Raya, Selangor.

“Selain itu, Nur Aneesa Aira Mohamad berjaya memperoleh pingat perak dalam kategori Kadet Kumite Perempuan -47kg dan pingat gangsa dalam kategori Kadet Kata Perempuan.

“Muhammad Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal pula berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam kategori Kadet Kumite Lelaki +70kg,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kali terakhir pasukan karate Labuan memenangi pingat emas di Kejohanan Karate Kebangsaan adalah pada tahun 2011 melalui kategori wanita kumite senior +68kg.

-ZS-

Tinggalkan komen anda