Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jualan Keluarga Malaysia Tepati Hasrat Rakyat

By 20 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Program Jualan Keluarga Malaysia, inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna berpendapatan rendah mendapat sambutan menggalakan.

Jualan barangan keperluan harian dengan harga sehingga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran benar-benar membantu rakyat mengurangkan kos pembelanjaan harian.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tentangga (KRT) Taman Kenari Jaya, Zaki Dol, usaha kerajaan ini harus diteruskan sebagai jualan mingguan berkonsep seperti pasar tani, dan ditambah lagi gerai-gerai barangan basah.

“Lokasi ini amat sesuai kerana terletak di tengah Pekan Durian Tunggal dan menjadi tumpuan orang ramai, tahniah kepada kerajaan, agansi yang terlibat dalam menjayakannya,” ujar Zaki.

-ZS-

Tinggalkan komen anda