Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Labuan Tetap Semangat Kibar Bendera Wilayah Persekutuan

By 28 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Warga Labuan tetap bersemangat mengibarkan Bendera Wilayah Persekutuan sepanjang bulan Februari ini walaupun kebanyakan pengisian sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di pulau itu dibatalkan ekoran peningkatan kes COVID-19.

Tinjauan mendapati bendera Wilayah Persekutuan masih berkibar megah di kawasan bandar, pusat- pusat perniagaan, premis kerajaan dan swasta serta kawasan kampung.

Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dilancarkan pada 3 Februari lalu oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien.

Dalam ucapannya, beliau menyeru seluruh warga Wilayah Persekutuan khususnya warga Labuan bersama-sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan bagi menzahirkan rasa sayang terhadap Wilayah Persekutuan selain menyerlahkan imej masyarakat Wilayah Persekutuan yang harmoni, prihatin, maju dan sejahtera.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda