Laporan/foto: Muhammad Hafizul Adzhari (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri melaka dengan kerjasama Yayasan Petronas, Global Environment Centre (GEC) dan Penduduk Komuniti Ayer Pasir telah membuat satu projek penanaman semula pokok hutan yang di dapati menjadi lokasi pencerobohan ke Empangan Durian Tunggal.
Sebanyak 900 batang pokok telah ditanam di kawasan tersebut dan akan ditambah pada masa akan datang.
Usaha-usaha ini dilaksanakan bertujuan melindungi keselamatan dan kawasan tadahan air bagi kepentingan rakyat.
Kerajaan Negeri juga telah mula memasang pagar di sekitar empangan dengan jumlah keluasan sepanjang 12.1 kilometer.
-ZS-