Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Mangsa Jatuh Laut Diselamatkan Maritim

By 9 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Maritim

LABUAN, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan berjaya menyelamatkan seorang mangsa yang jatuh ke dalam laut dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh, berkata kejadian berlaku di posisi 0.7 batu nautika barat laut Pulau Papan, perairan Labuan.

“Mangsa, lelaki warga tempatan berusia 24 tahun dilaporkan sedang menuruni tangga sisi kapal untuk ke bot penumpang dan telah tergelincir serta jatuh ke laut.

“Bot Peronda Kilat 23 yang dalam rondaan keselamatan di kawasan tersebut menemui mangsa sedang hanyut dan berpaut pada bot penumpang, mangsa diberi rawatan awal dan dihantar ke Hospital Labuan untuk rawatan lanjut,” jelasnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan agensi tersebut, semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda