Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Arab Saudi Wajibkan Jemaah Umrah Kemuka Keputusan Negatif PCR Mulai Hari Ini

By 9 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Bermula hari ini, Arab Saudi mewajibkan jemaah umrah tempatan dan antarabangsa yang ingin menziarahi Tanah Suci untuk mengemukakan keputusan negatif ujian PCR COVID-19.

Menurut jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Hesham A. Saeed, hanya jemaah yang terbukti negatif COVID-19 melalui ujian PCR atau RTK (Ag) dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh keberangkatan ke Tanah Suci dibenarkan memasuki Arab Saudi.

Selain itu, jemaah juga masih diwajibkan untuk melengkapkan vaksinasi di negara masing-masing dan berdaftar melalui aplikasi “Tawakkalna” dan “Eatmarna”, katanya dalam temubual dengan Saudia TV.

Hesham menambah pihaknya menerima lebih daripada 282,000 permohonan visa umrah sejak bermulanya musim umrah 1443 Hijrah dan menjangkakan bilangan permohonan akan bertambah terutamanya ketika menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

Beliau turut mengingatkan jemaah umrah dan ziarah agar sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan sepanjang masa, demi menjaga maslahat mereka dalam menghadapi varian Omicron COVID-19 ketika berada di Tanah Suci.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi turut mewajibkan rakyatnya yang berumur 16 tahun ke atas untuk mengambil dos penggalak bagi mereka yang telah melepasi tempoh tiga bulan daripada tarikh pengambilan dos kedua, sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda