Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/JKKN Melaka (Melaka Tengah)
MELAKA, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Usaha melestarikan seni budaya dalam situasi pandemik serta dalam masa yang sama menyampaikan mesej berkaitan nilaiānilai murni, falsafah budaya nilai tinggi serta penghayatan warisan peradaban melayu dan pembudayaan ilmu menjadi intipati dan cabara utama penganjuran program Majlis Bicara Intelek Seni: Warisan Peradaban Melayu Teras Jati Diri Keluarga Malaysia dan Anugerah Buku Negara (Melaka) 2022 bertempat di Kompleks Panggung Seni Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Melaka.
Program yang dihadiri oleh Yang diāPertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam yang juga penerima utama Anugerah Buku Negara dalam Kategori Tokoh Kepimpinan Penerbitan Buku Negara turut mengiktiraf lebih 30 orang penerima anugerah dalam pelbagai kategori sebagai mengangkat budaya ilmu dan mengalakkan inisiatif penulisan dan kesusteraan.
-ZS-