Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bot Bestuba Tarikan Baru Pelancong ke Pulau Tuba

By 23 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufe Fuddin (Langkawi)

LANGKAWI, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Bot baharu yang diberi nama Bestuba menjadi tarikan baharu kepada masyarakat dan juga pelancong yang ingin ke Kepulauan Tuba.

Diasaskan oleh Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat (KOPTUBAS) ini dijangka dapat memberikan keselesaan kepada para penumpang. Menurut pemandu bot Bestuba, Muhd Nasri Che Mahmud, 43, bot yang dikendalikan ini dapat memuatkan penumpang seramai 38 orang perjalanan sehala dari Jeti Pelancongan Kuah ke Jeti Pulau Tuba.

Harga tiket yang dikenakan kepada penumpang juga sangat berpatutan iaitu RM5 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak kanak untuk perjalanan sehala. Selain melakukan perjalanan pergi dan balik, pihak Bestuba juga menyediakan pakej sewa khas dan lawatan di sekitar Kepulauan Tuba untuk pelancong melihat keindahan pulau-pulau di sekitarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda