
Laporan/foto: Muhammad Arief
CAMERON HIGHLANDS, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids) mendapat sambutan di Cameron Highlands.
Menurut Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands Dr Yu Kong Siong, program PICKids ini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk di daerah ini.
“Sambutan penduduk terhadap program ini amat menggalakkan hinggakan 200 dos vaksin jenis Pfizer BioNTech tidak mencukupi pada hari ini,”kata beliau.
PICKids yang melibatkan kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun mula dilaksanakan hari ini di Cameron Highlands.
Program dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands ini dibahagikan kepada empat zon bagi mengelakkan kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
-ZS-