Skip to main content
HomeKedahMA

Bunga Chicar Berbunga Sekali Dalam Setahun

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Dulmataksiah Hassan (Sik)

SIK, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar nama apatah lagi mengetahui kegunaan bunga chicar ini. Namun begitu, bagi sebilangan penduduk di sini, musim kemarau pastinya dinanti-nantikan kerana pada musim ini pokok chicar akan mengeluarkan bunga chicar.

Lazimnya, bunga ini akan dikutip pada waktu pagi kerana bunga ini gugur pada awal pagi.

Lazimnya, bunga ini akan dikutip pada waktu pagi kerana bunga ini gugur pada awal pagi.

 

Bunga chicar berbau harum, berwarna merah jambu serta bunganya seakan sama seperti bunga Sakura Jepun. Pokok bunga chicar ini tinggi dan besar dan ia hanya berbunga setahun sekali iaitu sekitar pertengahan bulan Februari hingga Mac. Bunga chicar yang gugur akan dikutip serta diproses untuk diadun dalam masakan kuih tradisional seperti lepat chicar dan sebagainya. Lepat chicar merupakan makanan unik kerana ia hanya boleh didapati di kawasan tertentu sahaja di Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda