Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

‘Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser’ Tema Hari Kanser Sedunia 2022

By 24 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Chan Siang Teck (Sarawak)

BINTULU, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Pembedahan Am dengan kerjasama Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) telah mengadakan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat Hospital Bintulu di Lobi Utama Hospital Bintulu, di sini, hari ini.

Fokus utama tema ‘Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser’ merupakan kempen kesedaran awam kepada masyarakat tentang pentingnya usaha mencegah dan membendung penyakit kanser yang kian meningkat.

Tapak pameran mini turut disediakan untuk memudahkan orang ramai yang berkunjung mendapatkan maklumat tentang jenis dan perawatan kanser.

-ZS-

Tinggalkan komen anda