Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)
BAU, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Siniawan pernah diberikan jolokan Pekan Hantu kerana migrasi penduduk tempatan ke kawasan bandar menyebabkan keadaan bazar berusia lebih 100 tahun seperti tidak ada penghuninya.
Bermula 2010, Siniawan mulai diangkat semula sebagai Pekan Warisan demi mengekalkan khazanah struktur binaan bangunan kedai kayu lama yang dibina pada era pemerintahan Rajah Brooke.
Kini dengan gelaran “Pekan Koboi”, Siniawan boleh dilawati pengunjung yang ingin menikmati suasana kemeriahan di malam hari dengan hiasan lampu di sepanjang deretan bazar serta menikmati pelbagai jenis makanan.
-ZS-