Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

935 Pelajar Sekolah Rendah Telah Divaksin di Hulu Terengganu

By 24 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abidin A. Ghani/Hasrang Mat Zangi (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) memastikan penularan COVID-19 dapat diputuskan daripada menjangkiti kanak-kanak diteruskan dengan program vaksinasi PICKIds.

Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Program PICKids diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu melibatkan 14 orang pelajar.

Siti Katijah Abdullah, 38, membawa dua orang anaknya untuk menerima vaksin iaitu Wan Muhammad Haziq Wan Amrol, 12 dan Wan Ahmad Muaz Wan Amrol, 10.

Program PICKids hari ini turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Nor Azmi Ghazali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda